ini dari filem :' syurga cinta'
-“Cinta itu adalah permulaan jodoh. Cinta itu terbahagi kepada tiga. Pertamanya, jodoh dari syaitan; Kamu (lelaki dan perempuan) berkenalan, berpegangan tangan dan terus buat maksiat. Akhirnya wanita tersebut mengandung kemudian baru kamu menikah. Yang keduanya, jodoh dari jin; Kamu berdua berkenalan, dan kamu sukakan wanita tersebut dan wanita itu tidak suka kepadamu. Maka kamu bomohkan dan sihirkan dia supaya dia suka kepada kamu dan kemudiannya kamu bernikah. Yang ketiganya, jodoh dari Allah; Kamu berdua memandang antara satu sama lain, terus menusuk ke kalbu, dan kamu terus meminanginya dan dia terima pinangan kamu. Kemudian kamu bernikah, insya-Allah berkekalan keakhirnya. Itulah yang dikatakan ‘syurga cinta’.”
yang ini pula dari filem : 'aku masih dara'
“Seorang perempuan mempunyai 9 darjah keaiban, iaitu malu. Bila kesemuanya darjah keaiban itu hilang dalam diri seseorang wanita, maka rosaklah akhlaknya. Berlakunya maksiat, penzinaan, dan itu semua dosa-dosa besar, Sofia. Bila adanya dosa-dosa besar, susah untuk kita dapatkan ketenangan dalam diri. Sementara lelaki pula mempunyai 1 darjah keaiban. Sebab itulah, lelaki ini suka mendesak, suka merayu, menzalimi wanita, memperdagangkan wanita, mempergunakan wanita. Dan syukur Alhamdulillah, Sofia masih dara. Dan saya berbangga dengan Sofia, kerana Sofia berjaya mempertahankan 3 darjah keaiban. Pertama, menjaga mutiara diri dari dinodai. Kedua, menginsaf diri dari dosa-dosa yang lalu. Yang ketiga, mencari jalan untuk mendekatkan diri dengan Tuhan dan berserah pada Allah.”
— Firdaus (Aku Masih Dara)
harapan kepada sahabat yang membaca, sama-sama lah kita renungkan semula pengajaran yang dibawa dari filem2 yang ditonton oleh kita. tidaklah sekadar kita melihat dan berseronok sahaja. yang baik diambil dan dijadikan teladan, yang buruk diambil jadikan sempadan. wallahua'lam.
selamat beramal...
Copy & paste
0 comments:
Post a Comment